dpt info ni dari HTJ, Seremban, kite share sama2 ek...take care.
1. Apakah tanda – tanda utama penyakit H1N1 ini ?
Tanda – tanda utama penyakit ini ialah seperti berikut : -
- Demam dan batuk
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Sakit badan
- Sakit kepala
2. Siapakah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat H1N1 ?
Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi iaitu : -
- Wanita hamil
- Pesakit asma
- Obesiti
- Pesakit kencing manis
- Menghidap penyakit paru – paru kronik
- Imuniti rendah
- Pesakit jantung
3. Bagaimana kita boleh dijangkiti ?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit atau mana – mana permukaan. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
4. Apakah langkah pencegahan yang sesuai diamalkan ?
Langkah pencegahan yang patut di amalkan ialah :
- Amalkan kebersihan diri dan menutup mulut apabila batuk
- Memakai penutup mulut dan hidung di rumah dan di luar rumah
- Pasakit yang tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga
- Jika gejala semakin teruk, SEGERA dapatkan rawatan di hospital.
5. Apakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri ?
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuknya. Vaksin sedia ada pada masa kini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan wabak H1N1 ini.
No comments:
Post a Comment