KLIK

Tuesday, July 28, 2009

LIMA AZAB

UNTUK DIKONGSI BERSAMA...



LIMA AZAB ORANG YANG MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT

Dia tidak diberkati dalam hidupnya.
Dia kehilangan Nur di mana orang – orang soleh penuh dengannya.
Dia tidak menerima pahala bagi amalan – amalannya yang baik.
Doanya tidak dimakbulkan dan,
Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa – doa orang yang soleh.

AZAB YANG AKAN DITERIMA SEMASA HENDAK MATI :-

Dia mati dengan keadaan aib.
Dia mati dalam kelaparan dan,
Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.

AZAB YANG AKAN DITERIMA KETIKA DI DALAM KUBUR :-

Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang – tulang rusuknya hancur.
Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling – gulingkan di atas baranya siang dan malam.
Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum dilepaskan ular itu akan bertempik seperti guruh berbunyi :-

“ TUHANKU TELAH PERINTAHKAN AKU SUPAYA MEMUKUL KAMU KERANA KAMU MELENGAH – LENGAHKAN SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI”. Melengah – lengahkan solat ZUHUR sehingga solat ASAR. Melengaah-lengahkan solat ISYAK hingga FAJAR”.

Ular itu terus memukulnya hinggalah hari kiamat. Setiap kali pukulan membenamkan sehingga 70 HASTA dalamnya.

AZAB YANG AKAN DITERIMA KETIKA HARI AKHIRAT:-

Hisabnya terlalu susah.
Allah murka terhadapnya.
Dia dicampakkan ke dalam api neraka.

No comments:

OUR ANNI

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers